Elon Musk Berkongsi Video Ujian Sistem Lif Untuk Sistem Terowong Boring Company

Elon Musk Berkongsi Video Ujian Sistem Lif Untuk Sistem Terowong Boring Company

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Syarikat The Boring Company Elon Musk sedang menggali terowong bawah tanah bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. Sistem ini apabila dipadankan dengan sistem kereta luncur landasan elektrik menurut Elon akan menjadikan perjalanan harian lebih pantas dan bersih. Beliau berkongsi ujian sistem lif Boring Company di laman Instagram beliau semalam.

Testing The Boring Company car elevator

A post shared by Elon Musk (@elonmusk) on

Sebuah kenderaan Tesla memandu secara automatik ke platform sebelum diturunkan ke dalam sistem terowong yang sedang dibina. Sistem futuristik ini sedang dibina menyambungkan lapangan terbang LAX ke Westwood. Perjalanan biasa mengambil masa 40 minit. Dengan sistem terowong ini ia boleh dipendekkan ke 6 minit kerana kereta luncur yang digunakan bergerak pada kelajuan 200 km/j.


TIPS & ULASAN