McDonald’s Kanada Hadir Dengan Boombox – Mengubah Talam Air Kadbod Menjadi Pembesar Suara Peranti Pintar

McDonald’s Kanada Hadir Dengan Boombox – Mengubah Talam Air Kadbod Menjadi Pembesar Suara Peranti Pintar

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Semalam kami melaporkan KFC India menghasilkan Gamer Box yang mengubah peranti pintar menjadi konsol mudah alih. Hari ini tiba giliran McDonald’s pula untuk menghasilkan produk gimik makanan segera mereka.  McDonald’s Kanada telah menghasilkan Boombox  dengan kerjasama University of Waterloo Audio Research Group.

Talam air kadbod yang digunakan untuk memegang cawan air boleh diubahsuai menjadi sebuah pembesar suara peranti mudah alih. Terdapat dua corong pada sisi Boombox bagi menguatkan bunyi yang keluar dari pembesar suara peranti ke 70.4 dB. McDonald’s Boombox ini hanya ditawarkan untuk masa yang terhad di cawangan McDonald’s di Woodbine.


TIPS & ULASAN