Perkhidmatan Amazon Prime Now Memulakan Operasi Di Singapura

Perkhidmatan Amazon Prime Now Memulakan Operasi Di Singapura

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Ura-ura semalam ternyata menjadi kenyataan. Lewat malam tadi perkhidmatan Amazon Prime Now memulakan operasi di Singapura. Aplikasi mula boleh dimuat turun oleh pengguna di Singapura. Dengan bayaran SGD 5.99 (~RM 19), barang dipesan akan dihantar dalam masa dua jam. Sekiranya pelanggan membayar SGD 9.99 (~RM 32) pula, penghantaran akan dilakukan dalam masa sejam. Penghantaran dilakukan tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pelanggan yang memesan barangan berharga melebihi SGD 40 (~RM 127) akan menerima penghantaran dalam masa dua jam percuma. Singapura ialah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menerima perkhidmatan Amazon Prime. Buat masa ini Amazon Prime Now Singapura hanya meliputi kawasan pulau Singapura dan Sentosa sahaja. Pihak Amazon mengatakan rantau Asia Tenggara ialah pasaran yang menarik tetapi enggan memberikan komen mengenai penyebaran perkhidmatan ke negara selain Singapura buat masa ini.

Layari laman Amazon Prime Now Singapura


TIPS & ULASAN