Perkhidmatan YouTube Red Dan Google Play Music Bakal Digabungkan

Perkhidmatan YouTube Red Dan Google Play Music Bakal Digabungkan

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

YouTube Red ialah perkhidmatan penstriman video tanpa iklan dan dengan kandungan eksklusif. Google Play Music pula ialah perkhidmatan penstriman muzik atas talian. Kedua-duanya mensasarkan dua pengguna berbeza. Tetapi Google akan menggabungkannya dalam masa terdekat.

YouTube Red

Penggabungan dua perkhidmatan ini diumumkan oleh ketua bahagian muzik YouTube Lyor Cohen di acara New Music Seminar yang sedang berlangsung di New York. Pihak Google masih sedang memikirkan langkah terbaik bagaimana perkhidmatan ini akan dijenamakan semula. Maklumat tentang penggabungan aplikasi juga tidak didedahkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN