ION360 U – Kerangka Telefon Yang Dilengkapi Kamera 360 Darjah Terbina

ION360 U – Kerangka Telefon Yang Dilengkapi Kamera 360 Darjah Terbina

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Minggi ini Facebook mengumumkan sokongan penstriman video 360 darjah pada resolusi 4K. Jelas sekali video 360 darjah semakin popular di kalangan pengguna. Bagi mereka yang ingin memilikinya, ION360 U ialah kerangka telefon pintar dengan sebuah kamera 360 darjah terbina.

Ia mampu merakam dan menstrim video pada resolusi 4K. Pada waktu yang sama gambar 360 darjah boleh diambil pada tetapan 7.2 Megapixel. Sebuah bateri sebesar 1300 mAh disertakan bagi membolehkan ION360 beroperasi tanpa henti selama 2 jam. Buat masa ini ION360 hanya dihasilkan untuk Samsung Galaxy S8, S8+, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Harga jualan kerangka ini ialah $249 (~RM 1070) sebuah.


TIPS & ULASAN