Carian
Samsung Melancarkan TV Dengan Rekaan Estetik Pada Harga Bermula RM9,999
July 27, 2017 Aman

Samsung sedia popular dengan penawaran televisyen mereka. Pada tahun ini, mereka telah memperkenalkan televisyen QLED, dan kini hari ini, Samsung Malaysia turut telah memperkenalkan sebuah lagi televisyen baru memfokuskan kepada rekaan estetik, dinamakan The Frame.

Samsung The Frame memfokuskan kepada rekaan yang cantik – selain menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik. Ia bukan sekadar televisyen sahaja, tetapi turut membolehkan pengguna memasangnya pada dinding, dan mengawal gambar yang dipaparkan pada televisyen berkenaan seumpama bingkai gambar.

Samsung Frame TV

Samsung menamakan mod berkenaan sebagai Art Mode, dimana apabila ia diaktifkan, ia akan mengurangkan penggunaan tenaga secara drastik berbanding penggunaan biasa. Sebuah aplikasi khusus disediakan untuk membolehkan pengguna mengawal gambar yang dipaparkan – sama ada daripada galeri seni yang ditawarkan Samsung, atau daripada gambar di telefon pintar pengguna sendiri.

Samsung Frame TV

Sebuah sensor kecerahan turut disertakan pada The Frame yang boleh mengoptimasikan kecerahan skrin berdasarkan kepada cahaya sekeliling.

Di Malaysia, Samsung The Frame ditawarkan pada harga RM9,999 untuk model 55-inci, sementara model 65-inci pada harga RM14,999.

Komen