Sistem laporan polis secara atas talian kali pertama kami laporkan pada November yang lalu. Setakat ini sebanyak 40 balai polis di kawasan Balai Polis Kuala Lumpur menyokong sistem e-Reporting ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dipetik mengatakan sistem e-Reporting ini akan diperluaskan ke seluruh negara dalam masa terdekat.
e-Reporting buat masa ini hanya menerima laporan yang tidak mempunyai kaitan jenayah seperti kehilangan dokumen atau barang. Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan proses melakukan laporan polis tanpa perlu keluar dari rumah.
- Layari laman e-Reporting Polis Diraja Malaysia