Cari @ Amanz

Windows Repair merupakan salah satu perisian yang memudahkan proses membaik-pulih pemasangan Windows anda, dan terkini, pembangunnya turut telah memperkenalkan versi terbaru perisian berkenaan, iaitu Windows Repair 4.0.

Menggunakan Windows Repair 4.0, para pengguna boleh membaiki pelbagai masalah berkaitan program dan tetapan Windows – termasuk berkaitan Registry, masalah Windows Update, Windows Firewall dan sebagainya.

Windows Repair

Melalui Windows Repair 4.0, ia menawarkan beberapa tab penggunaan – daripada tetapan pra-baikpulih, sehinggalah membuat salinan pendua data, dan membuat proses baik-pulih.

Bagi anda yang mempunyai sebarang masalah dengan sistem operasi Windows, anda boleh memuat-turun dan mencubanya dalam membaik-pulih, sebelum melihat kepada beberapa kaedah yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd