Perkhidmatan Perkongsian Kenderaan Seperti Grab Kini Boleh Beroperasi Secara Sah Di Malaysia
Artikel Berkaitan

Perkhidmatan Perkongsian Kenderaan Seperti Grab Kini Boleh Beroperasi Secara Sah Di Malaysia

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Ini ialah berita yang telah lama dinantikan oleh pemandu-pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Grab dan Uber di Malaysia. Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Dengan pindaan ini, pengusaha perkhidmatan perkongsian kereta perlu memiliki lesen perniagaan yang diberikan oleh pihak berkuasa. Di Semenanjung, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan diberikan kuasa memberikan lesen manakala di Malaysia Timur ia di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.

Pindaan turut menjadikan kesalahan sekiranya terdapat pihak yang menyerang, menghalang atau menghentikan mereka yang terlibat di dalam perkhidmatan perkongsian kereta. Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM 1000. penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Diharap dengan pindaan undang-undang ini, kemelut di antara pengusaha teksi dan perkhidmatan perkongsian kereta akan berakhir secara aman. Sebelum ini pengusaha teksi di Malaysia melakukan beberapa demo aman menentang kewujudan perkhidmatan perkongsian kereta di seluruh negara,.


TIPS & ULASAN