Cari @ Amanz

Huawei merupakan pengeluar peranti no. 3 di dunia, dan pada tahun lepas, mereka menyasarkan untuk mengatasi Apple dan Samsung dari segi pegangan pasaran dalam beberapa tahun. Terkini, untuk tahun ini, mereka sedia hadir dengan Huawei P10, dan sedang dalam persiapan untuk pelancaran Huawei Mate 10.

Huawei Mate 10 akan diperkenalkan sekitar masa lebih kurang sama dengan pengenalan peranti baru Apple. Bercakap mengenainya, Richard Yu mengatakan Mate 10 akan mengatasi iPhone dalam pelbagai aspek.

“Kami akan mempunyai produk yang lebih berkuasa,” kata Richard Yu dalam sebuah temuramah. “Mate 10 akan dilengkapi dengan bateri bertahan lebih lama dengan panel paparan skrin penuh, sokongan pengecasan yang lebih pantas, sokongan fotografi lebih baik, dan sejumlah ciri-ciri menarik lain yang membolehkan kami bersaing dengan Apple.”.

Pada suku pertama 2017 ini, Huawei mempunyai pegangan pasaran sekitar 9.8% menurut IDC. Di China, ia turut telah mengatasi Oppo dari segi pengeluaran peranti.

Buat masa ini, Huawei sedia bekerjasama dengan Leica dalam menambah-baik kualiti gambar serta penawaran dwi-kamaer.

Richard Yu juga turut mengatakan Huawei tidak memfokuskan kepada peranti berspesifikasi rendah kerana keuntungannya yang sangat rendah dan tidak menguntungkan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd