Carian
LG
Bahagian Mobil LG Mengalami Kerugian Kerana Jualan LG G6 Kurang Memuaskan
July 28, 2017 Effi Saharudin

LG G6 ialah salah satu dari dua peranti di pasaran sekarang yang dilengkapi skrin memanjang 18:9. Dari beberapa ulasan atas talian yang telah kami baca, ramai memuji kemampuan audio yang baik peranti ini tetapi memberi komen negatif kerana ia tidak dilengkapi pemproses terkini. Laporan kewangan suku ke dua 2017 telah dikeluarkan oleh LG dan ia bukan bacaan yang menyenangkan hati pemegang saham.

Bahagian mobil LG melaporkan kerugian KRW 132.4 Billion (~RM 502 Juta) pada suku yang lalu. Kerugian ini adalah kerana harga komponen yang meningkat serta jualan LG G6 yang tidak mencapai sasaran. Sungguhpun begitu jualan peranti LG di Amerika Syarikat meningkat 13% berbanding suku yang sama tahun lalu. Di Malaysia kami sedari amat sukar mencari peranti LG dan jarang sekali ia diiklankan.

Komen