Samsung Pay Mungkin Akan Disokong Peranti Bukan Keluaran Samsung

Samsung Pay Mungkin Akan Disokong Peranti Bukan Keluaran Samsung

Diterbitkan pada July 28, 2017 oleh .

Samsung Pay diperkenalkan pada tahun 2015. Ia mula disokong di Malaysia pada Februari yang lalu dan kini turut menyokong akaun PayPal. Buat masa ini ia hanya boleh digunakan pada peranti keluaran Samsung keran pengguna cip khas yang membolehkannya menyokong sistem Magnetic Secure Transmission (MST). Laporan dari Gadget 360 memetik sumber dalaman mengatakan Samsung sedang berbincang dengan pengeluar lain untuk menyokong Samsung Pay pada peranti bukan keluaran Samsung.

Samsung Pay

Ini pastinya membuka peluang lebih besar untuk perbankan tanpa wang tunai menerusi peranti pintar kepada pengguna. Samsung Pay mempunyai kelebihan berbanding Apple Pay dan Android pay kerana sokongan MST. Pada waktu yang sama Samsung Pay ditawarkan di beberapa pasaran yang tidak disokong oleh dua sistem pesaing ini. Adakah anda menggunakan sistem perbankan tanpa tunai menerusi peranti pintar?


TIPS & ULASAN