Atlet E-Sukan Overwatch League Akan Menerima Gaji Minimum RM 213,000 Setahun

Atlet E-Sukan Overwatch League Akan Menerima Gaji Minimum RM 213,000 Setahun

Diterbitkan pada July 28, 2017 oleh .

Dua minggu yang lalu Blizzard mengumumkan pembentukan Overwatch League. Liga profesional ini akan memberikan platform terbaik bagi pemain Overwatch untuk menunjukkan kemampuan mereka memainkan FPS yang amat popular ini. Sebanyak tujuh pasukan dibentuk untuk musim pertama Overwatch League. Hari ini Blizzard berkongsi tentang tangga gaji dan struktur pasukan di dalam liga.

Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6 orang ahli dengan jumlah maksimum 12 orang. Tiada halangan kewarganegaraan dikenakan ke atas pasukan untuk mengambil atlet mereka. Setiap atlet perlu menandatangani kontrak selama setahun dengan gaji minimum $50,000 (RM 213,000) setahun. Gaji akan meningkat bergantung kepada prestasi mereka. Sebanyak 50% bonus kemenangan pasukan perlu diberikan kepada atlet. Overwatch League menawarkan bonus kemenangan berjumlah $3.5 Juta (~RM 15 Juta) setahun dengan juara liga menerima $1 Juta (~RM 4.28 Juta).

Pada waktu yang sama pasukan akan menanggung kos perubahan dan membuka akaun persaraan untuk atlet. Akhir sekali pasukan perlu menyediakan tempat tinggal dan tempat latihan kepada atlet sesuai dengan tahap profesional Overwatch League.

E-sukan kini semakin dipandang serius dan sekiranya anda cukup berbakat ia mampu memberikan pendapatan yang cukup lumayan? Adakah anda mempunyai bakat untuk menjadi pemain Overwatch secara profesional?


TIPS & ULASAN