AMD Ryzen 3 Dilancarkan – Hadir Dalam Pilihan 1300X Dan 1200

Diterbitkan pada July 28, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas melancarkan Ryzen 7 dan Ryzen 5, AMD pagi ini melancarkan pemproses yang lebih mampu milik Ryzen 3. Dua pilihan diberikan iaitu Ryzen 3 1300X dan 1200. Kedua-duanya dilengkapi empat teras dan empat bebenang. Kemunculan Ryzen3 ialah bagi memberikan saingan kepada pemproses Intel Core i3.

Ryzen 3 1300X mempunyai kelajuan 3.5 GHz dan boleh dioverclock sehingga 3.9 GHz. Ryzen 3 1200 pula mempunyai kelajuan 3.1 GHz dengan boost clock sehingga 3.4 GHz. Pemproses ini menggunakan soket AM4 dan boleh digunakan papan induk yang dilengkapi chipset X370, B350 dan A320.

Di Malaysia Ryzen 3 1300X ditawarkan pada harga RM 599 manakala untuk Ryzen 3 1200 pula ialah RM 519 sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami