HMD Global Kini Memegang 500 Paten Nokia Termasuk Antaramuka Kamera Lumia

HMD Global Kini Memegang 500 Paten Nokia Termasuk Antaramuka Kamera Lumia

Diterbitkan pada July 28, 2017 oleh .

Jenama Nokia bangkit semula dari debu Microsoft dan kini dilesenkan kepada pihak HMD Global. Di laman European Union Intellectual Property Office (EUIPO), sebanyak 500 paten rekaan peranti Nokia yang dihulunya dipegang oleh Microsoft Mobile kini berpindah ke tangan HMD Global. Antara rekaan yang berpindah tangan ialah antaramuka aplikasi kamera Lumia.

Sungguhpun begitu tanda dagang PureView, ClearBlack dan PureMotion masih lagi dipegang Microsoft Mobile. Jadi buat masa ini mereka yang mengidamkan peranti Nokia dengan kamera PureView harus menanti dengan lebih lama. Microsoft Mobile masih memegang 200 paten yang berkait rapat dengan peranti Lumia yang pernah dihasilkan mereka sebelum ini.


TIPS & ULASAN