Samsung Memintas Intel Sebagai Pengeluar Cip Semikonduktor Terbesar Di Dunia

Samsung Memintas Intel Sebagai Pengeluar Cip Semikonduktor Terbesar Di Dunia

Diterbitkan pada July 28, 2017 oleh .

Sesiapa yang membesar di dekad 90an, mereka pasti melihat iklan Intel yang memaparkan “angkasawan Intel” memegang wafer semikonduktur cip pemproses. Takhta Intel sebagai pengeluar cip semikonduktor terbesar di dunia selama 24 tahun kini diambil alih oleh Samsung. Ini didedahkan di dalam laporan kewangan suku ke-dua 2017 Samsung hari ini.

Perniagaan semikonduktor Samsung mencatatkan keuntungan KRW 8.03 Trillion (~RM 30.7 Billion) untuk suku ke-dua 2017. Ini adalah peningkatan melebihi 3kali ganda berbanding KRW 2.64 Trillion (~RM 10.1 Billion) pada suku yang sama tahun lalu. Intel hanya mencatatkan keuntungan sebanyak $3.8 Billion (~RM 16.3 Billion).

Keuntungan berlipat ganda Samsung ini adalah kerana permintaan yang tinggi terhadap cip pemproses (Exynos dan Snapdragon), DRAM, memori NAND Flash dan SSD yang dihasilkan oleh Samsung. Kesemuanya menggunakan teknologi cip semikonduktor. Intel pula mengalami masalah cip peranti mudah alih yang gagal mendapat sambutan dan permintaan terhadap pemproses komputer yang semakin berkurangan.


TIPS & ULASAN