Cari @ Amanz

Honor 6X memasuki pasaran Malaysia pada Februari yang lalu. Model dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB dijual pada harga RM 1399. Pihak Honor akan mengemaskini harga model ini ke RM1199 bermula 1 Ogos hadapan.

Peranti kelas pertengahan ini skrin 5.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 655, memori sebesar 4GB dan storan sebesar 64GB. Kamera utama berkembar 12+2 Megapixel dipadankan dengan kamera selfie sebesar 8-Megapixel. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 3340mAh dan sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd