MSI Bekerjasama Dengan Lazada Untuk Membuka Kedai Atas Talian Untuk Pasaran Malaysia
MSI

MSI Bekerjasama Dengan Lazada Untuk Membuka Kedai Atas Talian Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada July 29, 2017 oleh .

Pembelian atas talian merupakan satu perkara yang sinonim untuk pengguna tempatan masa kini. Anda boleh membeli pelbagai barangan, termasuklah barangan runcit dan keperluan harian. Hari ini di acara gaming kelolaan MSI, mereka mengumumkan kerjasama dengan Lazada dan membuka kedai atas talian bagi menjual produk mereka.

Menurut MSI, kini pengguna boleh membeli produk mereka dengan mudah dan dengan Lazada, terdapat pilihan bayaran secara ansuran, tertakluk kepada cara pembayaran yang digunakan. Dan memandangkan status Lazada sebagai ‘kedai rasmi’ MSI, kesemua produknya serta perkhidmatannya adalah dijamin MSI.

Bersempena dengan perasmian kedai atas talian MSI di Lazada, mereka turut mengumumkan diskaun dan juga penaiktarafan percuma serta aksesori untuk komputer terpilih. Kupon diskaun sehingga RM 300 tersedia, dengan penaiktarafan RAM ataupun fon audio MSI Headset DS502.

Promosi ini diadakan dalam waktu terhad, bermula hari ini sehingga 13 Ogos 2017. Pada bulan lalu, MSI juga telah melancarkan kedai konsep pertama mereka berhadapan Plaza Lowyat. Pengguna boleh hadir ke lokasi tersebut dan mencubanya sebelum melakukan pembelian.

Layari: Kedai Atas Talian MSI di Lazada


TIPS & ULASAN