Pada aplikasi Google Photos yang ditawarkan di Android dan iOS, ia sedia menyertakan sokongan carian pintar yang boleh mengenal-pasti sesuatu gambar berdasarkan objek didalamnya, pengecaman wajah, lokasi, dan sebagainya – sekaligus memudahkan pengguna menemui gambar yang diinginkan pada sesuatu masa.
Kini, Microsoft dilihat melakukan perkar sama pada aplikasi Photos di Windows 10. Buat masa ini, ia hanya meliputi gambar yang dimuat-naik ke OneDrive, dan ciri in boleh diakses melalui Windows 10 Insider terbaru.
Setiap gambar diindeks terlebih dahulu, dan sistem pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan Microsoft akan melabelkan dan tag gambar kita pada OneDrive. Seperti biasa, pengguna boleh mengubah atau menambah tag pada sesuatu gambar.
Microsoft masih tidak mengumumkan pengenalan fungsi ini secara rasminya buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai ciri baru ini pada Windows 10 Fall Creators Update dalam beberapa bulan lagi.