Cari @ Amanz

Pemacu USB bukan sesuatu yang baru pada hari ini. Tetapi, dengan kepelbagaian sambungan dan sokongan yang terdapat pada hari ini, mungkin ia menyukarkan anda memilih hanya satu pemacu untuk digunakan pada semua peranti. Untuk mengatasi perkara ini, kini Silicon Power telah hadir dengan sebuah pemacu USB yang unik, dinamakan sebagai Mobile C50.

Melaluinya, ia menawarkan penyambung untuk USB-A, USB-C, dan juga USB Mikro-B. Pada hari ini, terdapat sejumlah pemacu yang hadir dengan dua penyambung, iaitu satu dihadapan, dan satu diletakkan di belakang. Pemacu ini turut menggunakan konsep sama untuk sambungan USB-A dihadapan, dan penyambung USB-C diletakkan di belakang.

Silicon Power C50

Apa pun, yang sedikit uniknya adalah kedudukan penyambung USB Mikro-B yang diletakkan disebalik penyambung USB-A. Pengguna perlu membuka sebahagian penyambung USB-A sebelum dapat mengakses kepada penyambung USB Mikro-B ini.

Dengan langkah ini, ia mampu mengintegrasikan ke semua penyambung USB didalam satu pemacu. Walaubagaimanapun, dari segi kekurangan, hanya penyambung USB-A dan USB-C sahaja menawarkan sambungan USB 3.0, sementara USB Mikro-B hanya menawarkan sambungan USB 2.0 sahaja.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan pemacu berbentuk sebegini sekiranya ia dipasarkan di Malaysia?

Silicon Power C50

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd