Versi Pembangunan Chrome Untuk Android Mula Menyertakan Sokongan Penghalang Iklan

Versi Pembangunan Chrome Untuk Android Mula Menyertakan Sokongan Penghalang Iklan

Diterbitkan pada July 31, 2017 oleh .

Google sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan menambah sokongan penghalang iklan pada pelayar web mereka untuk menghalang iklan-iklan yang menganggu. Kini, sebagai langkah awal, Google telah mula mengintegrasikannya pada versi pembangunan Chrome Canary untuk Android.

Penghalang iklan terbina ini akan menghalang pelbagai jenis iklan yang tidak menganggu piawain serta berbentuk menganggu – termasuk bukan sahaja iklan yang memainkan audio secara automatik, menghalang kandungan dan sebagainya.

Chrome Canary Iklan

Sokongan penghalang iklan pada versi pembangunan Chrome Canary untuk Android ini diaktifkan secara rawak oleh Google. Ini bermakna bukan semua pengguna yang akan dapat mengaksesnya atau melihatnya.

Langkah Google ini sendiri akan mengurangkan pengguna daripada memasang penghalang iklan, selain turut menjadikan pelbagai pembangun web menggunakan bentuk iklan yang diterima piawaian serta tidak menganggu pengguna.


TIPS & ULASAN