Spotify Ingin Menambah Lebih Banyak Kandungan Berbentuk Podcast

Spotify Ingin Menambah Lebih Banyak Kandungan Berbentuk Podcast

Diterbitkan pada Ogos 1, 2017 oleh .

Spotify sedia terkenal dengan penawaran penstriman muzik melalui platform mereka. Kini, perkhidmatan penstriman muzik nombor satu dunia berkenaan dilihat turut sedang menguji dengan menambah beberapa kandungan berbentuk podcast pada platform mereka.

Dengan mempelbagaikan kandungan media pada Spotify, ia secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kos pembayaran royalti kepada syarikat muzik – dan menjana pendapatan lebih untuk syarikat berkenaan.

Spotify menguji beberapa kandungan media baru pada platform mereka dalam mempertingkatkan masa seseorang pengguna habiskan pada aplikasi mereka – dan secara tidak langsung mempertingkatkan pendapatan melalui pengiklanan.

Buat masa ini, kebanyakkan kandungan podcast ditawarkan melaui perkhidmatan milik Apple, YouTube, atau SoundCloud.

Memandangkan Spotify sedia mempunyai angka pengguna yang tinggi untuk medium berbentuk audio ini, maka ia akan menjadi mudah untuk Spotify untuk memperluaskan dan mempelbagaikan jenis kandungan audio.

Spotify buat masa ini mempunyai lebih 140 juta pengguna, dan sekitar 50 juta pengguna berbayar. Ia diekori rapat oleh Apple dibelakang melalui penawaran Apple Music, dan semestinya masing-masing ingin menawarkan kandungan eksklusif tersendiri dalam menarik pengguna ke platform mereka.

Di Malaysia, satu lagi platform yang menawarkan kandungan memfokuskan podcast adalah daripada Media Prima, melalui apa yang dinamakan sebagai Ais Kacang.


TIPS & ULASAN