Model Baru Asus Zenfone 4 Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Ogos Ini

Model Baru Asus Zenfone 4 Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 1, 2017 oleh .

Tahun demi tahun Asus akan melancarkan beberapa peranti di bawah keluarga Zenfone mereka. Tahun lalu enam versi Zenfone 3 dilancarkan. Tahun ini hanya empat sahaja model akan dilancarkan dan tarikh pelancarannya di Filipina dijadualkan pada 19 Ogos 2017 ini. Kita mungkin melihat pelancaran globalnya berlaku beberapa hari sebelum itu.

Peranti-peranti yang dipercayai akan dilancarkan kelak ialah Zenfone 4, Zenfone 4 Selfie, and Zenfone 4 Pro. Sebelum ini hanya Zenfone 4 Max dilancarkan di Russia yang dilengkapi sistem dwi-kamera dan bateri sebesar 5000 mAh. Dari beberapa imej teaser yang dikongsi oleh Asus, peranti Zenfone 4 kesemuanya akan mementingkan kemampuan mengambil gambar yang tinggi.


TIPS & ULASAN