iPhone Bernilai RM 2.53 Juta Dicuri Dari Lori Sedang Bergerak Seperti Filem The Fast And The Furious

iPhone Bernilai RM 2.53 Juta Dicuri Dari Lori Sedang Bergerak Seperti Filem The Fast And The Furious

Diterbitkan pada Ogos 1, 2017 oleh .

Filem pertama The Fast And The Furious mempunyai adegan lori dirompak ketika masih berjalan. Kew Dominic Toretto menggunakan Honda Civic yang telah diubahsuai merompak lori yang membawa pemain DVD dan televisyen. Fiksyen telah menjadi realiti di Belanda. Laporan BBC mengatakan polis Belanda telah memberkas kumpulan yang merompak iPhone bernilai 5o0,000 (RM 2.53 Juta) ketika ia masih bergerak.

Kumpulan perompak yang berasal dari Romania menggunakan SUV untuk merompak. Kenderaan akan mengikuti lori kargo dari belakang sebelum mengopak pintu belakang. Perompak kemudian memanjat keluar dari bahagian bumbung dan meletakkan tikar anti gelincir pada pada hud kereta. Kargo kemudian dirompak tanpa disedari pemandu.

Teknik ini kali pertama dilihat pada tahun 2008. Malahan video percubaan yang gagal di atas dirakam pada tahun 2012. Fiksyen telah menjadi realiti. Apakah idea mencuri yang kreatif dari layar perak yang kemudian menjadi inspirasi penjenayah di dunia sebenar.


TIPS & ULASAN