HP Z VR Backpack Dilancarkan – Desktop Peranti Realiti Maya Boleh Sandang Untuk Kegunaan Industri
Artikel Berkaitan
HP

HP Z VR Backpack Dilancarkan – Desktop Peranti Realiti Maya Boleh Sandang Untuk Kegunaan Industri

Diterbitkan pada Ogos 1, 2017 oleh .

Jun lalau HP OMEN X Compact Desktop dilancarkan. Ia sebuah komputer desktop kompak yang boleh disandang untuk digunakan bersama peranti realiti maya. HP Z VR Backpack dilancarkan hari ini dan ia sebuah lagi komputer kompak boleh sandang dengan kemampuan realiti maya khusus untuk kegunaan perniagaan dan industri.

Ia boleh digunakan di dalam sektor automotif untuk proses visualisasi rekaan kenderaan, sektor pembinaan untuk menjual rumah kepada pembeli dan memberikan latihan kepada pemandu kenderaan berat.

HP Z VR Backpark diperkasakan oleh pemproses Intel Core i7 vPro, kad grafik Nvidia Quadro P5200 dengan 16GB RAM dan RAM sehingga 32 Gigabyte. Ia boleh digunakan bersama peranti maya HTC Vive Business Edition. Seperti OMEN X Compact Desktop, komputer kompak ini turut mempunyai dok khas untuk pengecasan apabila tidak disandang. HP Z VR Backpack akan dijual pada bulan September pada harga $3299 (~RM 14,115) sebuah.


TIPS & ULASAN