Cari @ Amanz

Blackberry KEYone dilancarkan Februari lalu dan merupakan peranti Android yang dilengkapi papan kekunci fizikal. Ketika dilancarkan ia hanya ditawarkan dalam warna perak. Hari ini Blackberry KEYone edisi terhad berwarna hitam telah dilancarkan di India.

BlackBerry KeyOne hadir dengan skrin 4.5″ HD penuh, pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Kamera utama adalah sebesar 12-megapixel manakala kamera hadapan sebesar 8-megapixel. Buat masa ini versi berwarna hitam ini hanya ditawarkan di India pada harga ₹39,900 (~RM 2667).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd