Asus Zenfone 4 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 17 Ogos

Asus Zenfone 4 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 17 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 1, 2017 oleh .

Seperti diperkatakan pada awal hari ini, Asus hari ini telah mula menghantar jemputan media rasmi kepada, memperlihatkan Zenfone 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Ogos kelak. Asus dilihat akan memfokuskan kepada sokongan kamera dan rakaman gambar melalui peranti baru ini.

Asus Zenfone 4

Melalui jemputan yang dihantar, Asus menjadualkan acara berkenaan di Taiwan, dan akan memperlihatkan keluarga peranti Zenfone 4. Malah, ia turut menggunakan ikon khusus untuk telefon pintar menandakan penyertaan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Pada masa yang sama, Asus turut menyatakan yang mana Gong Yoo akan menjadi duta untuk Zenfone 4 ini bagi pasaran Asia Pasifik.

Bagi anda yang menantikan peranti terbaru Asus ini, mungkin boleh menandakan kalendar anda. Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini semasa daripada acara pelancarannya kelak.



Paling Popular