Cari @ Amanz

Lenovo Mobile agak aktif pada tahun ini. Selepas memperkenalkan Moto G5 dan Moto G5 Plus sebelum ini, hari ini mereka hadir dengan edisi khas untuk kedua-dua peranti ini dengan menamakannya sebagi Moto G5S dan juga Moto G5S Plus.

Moto G5s

Moto G5S mengekalkan penggunaan cip Snapdragon 430 seperti sebelum ini, dan masih mengekalkan port pengecasan berasaskan mikro-USB sebelum ini. Apa pun, ia kini hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan PDAF, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Moto G5S Plus pula masih menggunakan cip Snapdragon 625 dan bateri sama seperti Moto G5S, tetapi kini hadir dengan skrin 5.5-inci, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Menariknya, Moto G5S Plus juga turut hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Moto G5S dan Moto G5S Plus akan dipasarkan secara berperingkat mulai bulan ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada akan dilancarkan di Malaysia atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd