Cari @ Amanz

LINE merupakan salah satu aplikasi permesejan yang popular dengan penawaran stickeR yang comel dan menarik hati pengguna. Dalam usaha bersaing dengan pelbagai aplikasi permesejan lain, LINE sedia menambah beberapa ciri-ciri tambahan pada aplikasi mereka – tetapi kebanyakkannya terhad kepada pasaran Jepun.

Terkini, salah satu ciri menarik dari Jepun pada Line, iaitu kebolehan menempah teksi dilihat akan diperluaskan ke pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi. LINE mengatakan mereka akan menawarkan perkhidmatan tempahan teksi di Thailand pada tahun ini.

Untuk tujuan berkenaan, LINE akan bekerjasama dengan syarikat teksi di Thailand, dan memudahkan pengguna membuat tempahan melalui aplikasi permesejan berkenaan. LINE mungkin memilih Thailand sebagai negara pelancaran selepas Jepun kerana angka penggunannya yang sangat tinggi di pasaran berkenaan.

Dengan penyertaan ini juga, ia secara tidak langsung akna membuatkan LINE turut bersaing dengan Grab dan Uber di rantau Asia Tenggara ini – terutamanya di Thailand.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd