Penuras VSCO Kini Boleh Digunakan Pada Video

Penuras VSCO Kini Boleh Digunakan Pada Video

Diterbitkan pada Ogos 2, 2017 oleh .

Aplikasi VSCO Cam adalah amat popular di kalangan peminat fotografi peranti mudah alih. Pelbagai penuras yang boleh dibeli mengubah mood serta rupa gambar asal yang diambil. Aplikasi ini kini mula menyokong penggunaan penuras sedia ada pada video yang dirakam pengguna.

Fungsi baru ini walaubagaimanapun kini hanya diberikan pada pelanggan VSCO X yang menggunakan peranti iOS. VSCO X boleh dilanggan pada harga $19.99 (~RM 87) setahun. Pelbagai fungsi suntingan video asas seperti mengubah dedahan, saturasi dan menyambung klip turut disokong dengan pengenalan fungsi baru ini. Pihak VSCO sedang mencuba fungsi baru ini sebelum ia ditawarkan kepada pengguna Android.


TIPS & ULASAN