“Pergi lah Google” ialah frasa yang digunakan beberapa kali setiap hari. Tetapi ramai menyedari bahawa menaip apa yang ingin dicari tidak semestinya memberikan carian yang tepat lagi memuaskan. Google hari ini memperkenalkan fungsi lencana pada thumbnail gambar apabila menggunakan carian Google Images.
Pada bucu bawah sebelah kiri thumbnail pengguna boleh melihat lencana yang memberikan maklumat mengenai apa yang akan ditemui pada laman asal imej. Sebagai contoh lencana “Recipe” akan memberikan petunjuk resipi makanan pada gambar manakala lencana dengan nombor adalah petunjuk ia adalah pautan kepada video.
Fungsi lencana ini hanya disokong pada carian Imej menggunakan Chrome pada peranti mudah alih dan aplikasi Google. Walaupun telah diumumkan, kami masih belum dapat mencuba fungsi lencana ini pada peranti kami. Bagaimana pula dengan anda?