Cari @ Amanz

Variasi warna baru yang dilancarkan beberapa bulan selepas peranti mula dijual ialah trend terkini di kalangan pengeluar. Di Malaysia, Huawei P10 Plus edisi terhad berwarna ros merah jambu akan mula ditawarkan bermula 4 Ogos ini. Huawei P10 Plus edisi terhad ini akan dijual pada harga RM 3099, harga yang sama seperti peranti dengan variasi warna yang lain.

Bagi yang berminat Huawei P10 Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Huawei P10 Plus menggunakan kamera belakang Leica Pro menggabungkan lensa 12MP+20MP F1.8, kamera hadapan 8MP berteknologi Leica, dan bateri berkapasiti 3750mAh. Peranti ini turut hadir dengan sokongan tambahan seperti kalis air IPX3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd