Apple telah melancarkan telefon pintar dinamakan iPhone sekitar 10 tahun lepas, dan hari ini, bersama-sama pengumuman kewangan mereka, Apple turut mengumumkan yang mana mereka telah menjual lebih 1.2 bilion unit iPhone di seluruh dunia setakat ini.
Angka ini memperlihatkan penambahan 0.2 bilion berbanding tahun lepas. Pada Julai 2016 yang lepas, Tim Cook mengatakan sebanyak 1 bilion iPhone telah terjual ketika itu.
Pencapaian ini semestinya mengembirakan syarikat teknologi berkenaan, apatah lagi mencapai angka 1.2 bilion dalam tempoh sedekad.
Dengan angka ini, semestinya mereka ingin mempertingkatkan laginya dengan pelbagai penawaran baru. Untuk tahun ini, Apple dijangka hadir dengan iPhone edisi khusus 10 tahun, selain kemaskini kepada iPhone sedia ada.
Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna iPhone? Jika ya, berapa iPhone-kah yang telah anda tukar sehingga ke hari ini?