(Ura-Ura) Huawei Mate 10 Mungkin Dilancarkan Pada Pertengahan Oktober

(Ura-Ura) Huawei Mate 10 Mungkin Dilancarkan Pada Pertengahan Oktober

Diterbitkan pada Ogos 2, 2017 oleh .

Jikalau Samsung popular dengan penawaran keluarga siri-S dan juga siri-Note, untuk Huawei pula, mereka popular dengan penawaran siri-P dan juga siri-Mate. Huawei P10 telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini ramai yang menantikan telefon pintar Huawei Mate 10.

Sebelum ini, kita telah melihat pihak Huawei berkongsi mengatakan Mate 10 akan menawarkan panel paparan skrin penuh – yang mana menggunakan bezel nipis, salah satu trend pada 2017 ini dikalangan pengeluar peranti.

Disamping itu, kita juga akan dapat melihat penambah-baikkan dwi-kamera Leica disertakan pada siri Mate 10 ini kelak.

Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Huawei mungkin melancarkan telefon pintar mereka yang terbaru ini pada pertengahan Oktober ini di Jerman.

Selain siri Huawei Mate 10 utama, pengeluar dari China berkenaan turut diperkatakan bakal memperkenalkan siri Lite untuk keluarga peranti berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai Huawei Mate 10 yang mungkin kita dengar dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN