Carian
Huawei Semakin Menghampiri Apple Dalam Arena Telefon Pintar
August 2, 2017 Aman

Huawei sebelum ini pernah mengatakan mereka ingin melangkaui kedudukan Apple dalam beberapa tahun lagi. Terkini, melalui angka statistik semasa yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics, perkara berkenaan dilihat mungkin direalisasikan.

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics untuk tempoh suku kedua 2017 lepas, ia diperlihatkan Huawei mempunyai pegangan pasaran sebanyak 10.7%, manakala Apple ditangga kedua dengan 11.4%. Menduduki tangga pertama dengan pegangan pasaran paling tinggi adalah Samsung, iaitu sebanyak 22.1%.

Strategy Analytics Q2 2017

Dari segi telefon pintar yang telah dikeluarkan pada suku kedua 2017 yang lepas, Samsung telah mengeluarkan sebanyak 79.5 juta peranti yang memperlihatkan peningkatan berbanding 2016 lepas. Apple pula telah mengeluarkan sekitar 41 juta peranti, dan Huawei dengan 38.4 juta peranti.

Secara keseluruhan, menduduki lima tangga teratas adalah Samsung, Apple, Huawei, Oppo dan juga Xiaomi. Tiga daripada lima syarikat adalah dari China.

Dengan perkembangan ini, mungkinkah kita akan melihat Huawei melangkaui Apple dalam tempoh setahun dua lagi?

Komen