Cari @ Amanz

Fungsi penstriman langsung Facebook Live kami lihat amat popular. Ketika Aidilfitri yang lalu ramai sanak saudara menggunakannya untuk memberikan pemandangan di hari lebaran kepada saudara yang tidak dapat pulang ke kampung. Tetapi di Perlis, penjawat awam dilarang untuk menggunakan fungsi ini ketika di pejabat.

Facebook Live

Larangan diberikan oleh Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Perlis, Azmi Ibat di dalam laporan Harian Metro hari ini. Beliau mendapati segelintir penjawat awam kerap melakukan Facebook Live dari pejabat. Ini menurut beliau boleh mendedahkan rahsia pejabat dan menjadikan pejabat mereka sasaran jenayah siber. Pada waktu yang sama melakukan penstriman langsung boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Bagi penjawat awam yang gemar melakukan penstriman, mungkin mereka perlu bertukar tempat kerja ke Amanz. Di pejabat kami halangan ini tidak dikuatkuasakan sama sekali malahan digalakkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd