Carian
Rekaan Vivo Xplay 7 Tertiris – Dilengkapi Empat Kamera Dan Pengimbas Jari Terbina Pada Skrin
August 2, 2017 Effi Saharudin

Vivo ialah pengeluar pertama yang memperlihatkan rekaan peranti dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Peranti prototaip ini diperlihatkan di acara MWC Shanghai yang berlangsung Jun lalu. Rekaan peranti Vivo Xplay 7 tertiris ke arena web hari dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin dan juga dilengkapi empat kamera.

Dwi-kamera digunakan di hadapan dan belakang peranti. Dari imej di atas, peranti ini menggunakan rekaan hampir semua-skrin dengan sisi dwi-lengkung. Pada waktu yang sama terdapat sistem flash pada bahagian hadapan sesuai dengan jenama Vivo yang sinonim dengan “selfie bercahaya lembut”. Vivo Xplay 7 bukanlah peranti pertama dengan empat kamera. Sebelum ini Oukitel U22 dilancarkan dengan sistem kamera yang sama.

Komen