Cari @ Amanz

Mengikut statistik kasar, 40% daripada pengunjung web akan meninggalkan sesuatu web sekiranya ia mengambil masa lebih 3 saat untuk dibuka. Mengambil berat perkara ini, kini Facebook mengumumkan yang mana mereka akan lebih mengutamakan paparan pautan yang boleh dibuka dengan pantas di News Feed.

Ini bermakna, sekiranya sesuatu pautan mengambil masa yang pantas untuk dibuka dan dipaparkan kepada pengguna, maka ia akan lebih dipaparkan kepada pengguna di News Feed. Sekiranya ia mengambil masa yang lama untuk dimuatkan, maka Facebook akan mengurangkan paparan ia daripada News Feed.

Secara tidak langsung, langkah ini akan membuatkan para pemilik web untuk lebih mengoptimasikan halaman web dan membuang pelbagai elemen yang tidak diperlukan. Ini juga mungkin membawa kepada lebih ramai penerbit kandungan menggunakan Instant Articles untuk perkongsian kandungan dan artikel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd