Carian
Rekaan Google Pixel 2 Tertiris Sekali Lagi – Tidak Dilengkapi Bicu Audio
August 3, 2017 Effi Saharudin

Pelancaran peranti keluaran Google biasanya berlangsung pada bulan Oktober. Peranti Google Pixel 2 amat dinantikan kemunculannya kerana ramai ingin melihat penambahbaikan yang dilakukan oleh Google pada peranti kedua yang dihasilkan sepenuhnya oleh mereka. Rekaan Google Pixel 2 tertiris sekali lagi hari ini dan membawakan beberapa perubahan yang mungkin kurang disenangi.

Pengeluar kerangka Olixar sekali lagi menjadi sumber ketirisan rekaan. Dari yang anda boleh lihat di atas, Pixel 2 mempunyai skrin yang lebih besar dengan bezel yang semakin mengecil. Pengimbas cap jari masih terletak di bahagian belakang dan ini bermakna sistem imbasan terbina pada skrin tidak digunakan. Pada waktu yang sama menurut Olixar, Pixel 2 tidak akan dilengkapi bicu audio 3.5mm. Ini menjadi Pixel 2 sebuah lagi peranti yang menggunakan USB-C sebagai output audio.

Komen