Xpax Menawarkan Kuota Data Bulanan Lebih 50% Sekiranya Anda Berumur Bawah 25 Tahun

Xpax Menawarkan Kuota Data Bulanan Lebih 50% Sekiranya Anda Berumur Bawah 25 Tahun

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Celcom hari ini telah mengumumkan beberapa penambahan baru pada pelan prabayar Xpax mereka – memfokuskan terhadap penawaran pakej data. Bermula hari ini, Celcom menambah empat pakej langganan data baru untuk pengguna yang ingin melanggan pakej data sama ada harian, mingguan atau bulanan.

Empat pakej baru yang ditambah adalah:

  • Harian – RM5 untuk 2GB
  • Mingguan – RM6 untuk 500MB
  • Mingguan – RM19 untuk 5GB
  • Bulanan – RM79 untuk 15GB + 15GB Video Walla

Xpax Kaw Kaw Squad

Bersama-sama pengumuman ini juga, pihak Celcom turut memperkenalkan penawaran baru memfokuskan kepada pengguna berusia bawah 25 tahun, iaitu Kaw Kaw Squad. Kelab khusus memfokuskan pengguna muda ini telah tersedia sejak bulan April lepas, tetapi kini ia turut menawarkan tambahan data 50% untuk langganan data bulanan, iaitu:

  • RM30 untuk 5GB 7.5GB
  • RM50 untuk 10GB 15GB
  • RM79 untuk 15GB 22.5GB

Xpax Kaw Kaw Squad

Sekiranya anda berumur 25 tahun dan kebawah, anda boleh mendaftar menyertai Kaw Kaw Squad ini dengan mendail *118*2*8#. Celcom mengatakan pengesahan pengguna akan dilakukan berdasarkan kepada kad pengenalan yang digunakan ketika pendaftaran.

Dan akhir sekali, pihak Celcom turut menambah penawaran dibawah pakej tambahan bermula serendah RM1, iaitu Facebook Walla. Melalui Facebook Walla, ia menawarkan pakej sosial dengan akses kepada Facebook, Twitter, WhatsApp dan WeChat pada harga serendah RM1 sehari untuk 1GB, RM7 untuk 10GB dan RM20 untuk 15GB.

Diumumkan bersama juga adalah penambah pakej RM20 untuk bulanan bagi tambah-nilai pembelian dibawah “Walla”, serta beberapa yang lain.

Xpax Kaw Kaw Squad


TIPS & ULASAN