Cari @ Amanz

Peranti pintar boleh lipat jarang sekali ditemui di Malaysia kerana kepopularan rekaan candybar. Tetapi di China masih terdapat permintaan untuk peranti dengan rekaan klasik ini. Samsung SM-G9298 “Leader 8” akhirnya dilancarkan khusus untuk pasaran China dan ia dilengkapi dwi-skrin bersaiz 4.2″.

Samsung SM-G9298 “Leader 8″ dengan dwi-skrin 4.2” SAMOLED HD penuh ini diperkasakan pemproses Snapdragon 821, memori sebesar 4 GB dan storan sebesar 64 GB (sokongan kad MikroSD sehingga 256GB) . Kamera utama di bahagian belakang sebesar 12-Megapixel f/1.7 dan dipadankan dengan kamera selfie sebesar 5-Megapixel f/1.9. Sebuah bateri sebesar 2300 mAh disertakan dengan kemampuan pengecasan tanpa wayar atau berwayar menggunakan port MikroUSB.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam aluminium. Menarik sekali ialah ia boleh berfungsi seperti peranti clamshell biasa dengan butang navigasi pada bahagian penutup. Sebuah pengimbas nadi dan cap jari turut disertakan pada bahagian belakang. SM-G9298 “Leader 8” hanya akan dipasarkan di China sahaja setakat ini tetapi harga masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd