Cari @ Amanz

Potret tokoh negara biasanya digunakan pada wang-wang kertas di seluruh dunia. Di Malaysia wajah Agong yang pertama digunakan pada semua wang kertas. Di negara barat bekas Presiden dan penulis seperti Jane Austen telah digunakan. Jade Dalloul, seorang pereka grafik dari Perancis membayangkan penggunaan wajah ikon dunia teknologi pada mata wang global di masa hadapan.

Antara tokoh yang akan dipaparkan wajahnya pada wang kertas Worldwide Bank ialah Sergei Brin, Larry Page, Bill Gates, Steve Jobs, dan Mark Zuckerberg. Kesemua tokoh-tokoh ini telah mengubah dunia teknologi sejak lebih empat puluh tahun yang lalu. Tidak mengejutkan sekiranya wajah mereka diabadikan pada wang kertas. Persoalannya masihkah ada ruang untuk wang fizikal di masa hadapan. Kita sudah boleh melihat di negara seperti China, wang elektronik semakin popular dan lebih mudah digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd