Telekom Malaysia Menurunkan Harga Untuk Pakej Saluran HyppTV

Telekom Malaysia Menurunkan Harga Untuk Pakej Saluran HyppTV

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Telekom Malaysia kini telah mengemaskini harga penawaran untuk perkhidmatan siaran TV berbayar mereka, HyppTV yang ditawarkan bersama penawaran langganan UniFi atau Streamyx. Sejumlah saluran disediakan dibawah siaran TV berbayar ini – membolehkan pengguna mendapatkan kandungan tambahan melalui langganan tambahan.

Terkini, Telekom Malaysia telah mengemaskini harga langganan untuk saluran tambahan, sekaligus menjadikan ia lebih murah berbanding sebelum ini.

Kini, Jumbo Pack ditawarkan pada harga langganan RM60 sebulan, sementara penawaran lain seperti Aneka Pack, Sports Pack, Ruby Pack dan Varnam Pack – setiap satunya berharga RM30 untuk sebulan. HyppTV juga turut menambah pakej dinamakn Jumbo LITE pada harga RM30 sebulan.

Disamping itu, bersempena dengan sukan SEA KL 2017 ini, HyppTV akna menawarkan saluran KL2017 SEA Games secar apercuma melalui HyppTV dan juga HyppTV Everywhere bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017 ini.

Layari : HyppTV


TIPS & ULASAN