Carian
Rockstar Games Disaman Kerana Kandungan Grand Theft Auto : Vice City
August 3, 2017 Effi Saharudin

Grand Theft Auto : Vice City dilancarkan pada tahun  2002. Pemain dipindahkan ke dekad 80an di bandar Vice City yang menyerupai Miami Florida. Walaupun permainan sudah berusia 15 tahun, Rockstar Games yang membangunkan GTA : Vice City baru sahaja disaman kerana kandungan permainan ini.

Saman difailkan oleh The Physic Network ke atas Rockstar Games kerana kewujudan watak Auntie Poulet. Auntie Poulet dikatakan menyerupai watak ahli nujum Miss Cleo yang dimiliki oleh The Physics Network. Plaintif berkata mereka membelanjakan $100 Juta membina imej Miss Cleo yang kemudian “ditiru” oleh Rockstar Games untuk menghasilkan Auntie Poulet. Oleh itu keuntungan jualan Vice City mengandungi hasil penggunaan watak tanpa kebenaran.

Watak Auntie Poulet menggunakan suara Youree Dell Harris yang turut melakonkan watak Miss Cleo di The Physics Network. Pihak Rockstar Games berkata sama yang difailkan tidak mempunyai asas yang kukuh. dan akan menentang saman ini di mahkamah.

Komen