Cari @ Amanz

Bleach ialah anime yang amat popular ketika kami di kolej dahulu. Bagi peminat yang ingin menjadi Shinigami memburu Hollow, mereka boleh melakukannya menerusi permua Android dan iOS dalam masa terdekat. Pembangunan permua Bleach: Paradise Lost  telah diumumkan di Jepun.

Ia sebuah permainan augmented reality seperti Pokemon Go yang dibangunkan oleh Line. Di dalam Bleach: Paradise Lost , pemain akan memburu Hollow di dunia sebenar. Jalan cerita permua ini akan mengikut siri anime. Corak permainan pula ialah turn based dengan sistem berasaskan kad. Permua ini akan dilancarkan tahun ini tetapi tarikh muktamad masih belum dikongsikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd