Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, kita telah melihat perkhidmatan perkongsian basikal oBike mula ditawarkan di Lembah Klang. Kini, satu lagi jenama perkhidmatan perkongsian basikal baru memasuki pasaran tempatan, iaitu Ofo.

Ofo buat masa ini menawarkan perkhidmatan mereka secara eksperimental di Melaka. Kami gagal menyemak harga penawarannya buat masa ini, tetapi dengan pendaftaran akaun, setiap pengguna diberikan kredit bernilai RM5.

Ofo

Berbanding penawaran di Lembah Klang, ia lebih masuk akal untuk penawaran perkhidmatan perkongsian basikal ini dilokasi pelancongan seperti Melaka. Pengguna yang ingin berjalan-jaln atau singgah ke pelbagai kawasan bersejarah dengan mudah boleh menggunakannya. Ia juga secara tidak langsung menjadikan Melaka lebih mesra alam dan mengurangkan pencemaran.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Ofo juga dilihat akan bersaing dengan perkhidmatan yang lebih kurang sama yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dinamakan Melaka Bike Share.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd