Cari @ Amanz

Shell merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena automotif – terutamanya berkaitan dengan minyak kenderaan. Terkini, syarikat yang sangat popular dengan penawaran secara kedai fizikal, kini turut telah menceburi arena e-dagang dan menawarkan produk serta perkhidmatan mereka melalui atas-talian.

Shell Online Store

Untuk tujuan berkenaan, Shell menggunakan platform Lazada. Melalui kedai atas-talian Shell, mereka menawarkan minyak pelincir untuk kenderaan – dan menariknya turut menawarkan sokongan servis asas untuk tujuan menukar minyak berkenaan.

Pengguna hanya perlu membuat pembelian minyak pelincir Shell bersama pakej perkhidmatan, dan seterusnya wakil Shell akan menghubungi anda untuk membuat temujanji. Anda seterusnya perlu menghantar kenderaan ke pusat servis berdekatan, dan membuat proses pertukaran dan perkhidmatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd