Cari @ Amanz

Oppo telah menghasilkan peranti edisi khas FC Barcelona sejak 2015. Pada tahun itu Oppo R7 Plus dengan warna dan tema FC Barcelona dilancarkan diikuti pula oleh F1 Plus pada tahun lalu. Tahun ini Oppo R11 edisi khas ini akan dilancarkan pada 8 Ogos hadapan. Teaser acara pelancarannya sudah diperlihatkan oleh Oppo. Seperti model sebelumnya, edisi khas ini akan hadir dalam warna rasmi kelab serta tema khas.

Oppo R11 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256 GB. Untuk rakaman gambar, Oppo R11 dilengkapi dwi-kamera belakang yang menggabungkan lensa 20-megapixel (f/2.6) dan juga 16-megapixel (f/.7).

Pada bahagian hadapan pula, Oppo R11 menggunakan kamera 20-megapixel f/2.0. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 3000mAh yang menyokong format pengecasan pantas VOOC melalui port MikroUSB. Sebuah bicu audio 3.5mm disertakan pada bahagian bawah bagi mereka yang masih belum bersedia untuk berhijrah ke kehidupan tanpa wayar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd