Google Dilaporkan Pernah Ingin Membeli Snapchat Pada Nilai Mencapai $30 Bilion

Google Dilaporkan Pernah Ingin Membeli Snapchat Pada Nilai Mencapai $30 Bilion

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Beberapa tahun yang lepas, gergasi laman sosial Facebook pernah cuba mendapatkan perkhidmatan Snapchat pada nilai hampir $3 bilion. Walaubagaimanapun, ia ditolak, dan sejak daripadanya, Facebook telah mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri lebih kurang sama pada produk mereka.

Terkini, laporan baru hadir mengatakan Google pernah turut cuba untuk mendapatkan perkhidmatan yang popular dengan perkongsian gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam berkenaan.

Menurut Business Insider, Google pernah tawar nilai mencapai $30 bilion untuk mendapatkan Snapchat, sebelum mereka menyenaraikan syarikat untuk penawaran saham. Menariknya, sekiranya ia benar, maka nilai yang ditawarkan adalah sekitar dua kali ganda berbanding nilai syarikat Snap sendiri pada hari ini.

Sekiranya pengambil-alihan ini berlaku, ia mungkin memberikan Google peluang lagi sekali untuk mencuba dalam arena sosial selepas mencuba beberapa kali sebelum ini, termasuk melalui Google+.

Buat masa ini, syarikat sebalik Google, iaitu Alphabet mempunyai sedikit pelaburan pada syarikat Snap, selain Snap juga merupakan antara pelanggan Google Cloud.


TIPS & ULASAN