Akhir-akhir ini, perkongsian sesuatu topik yang panjang lebar semakin popular di Twitter. Ia dikongsikan dalam bentuk bebenang (thread), dimana lebih daripada satu Tweet digabungkan antara satu sama lain untuk memudahkan pengguna menyampaikan suatu perkongsian yang mengambil lebih daripada 140 aksara untuk perkongsian.
Kebiasaannya, pengguna perlu menaip satu demi satu Tweet berkenaan secara berasingan, dan mungkin membuatkan anda terlupa untuk berkongsi sesuatu perkara – disamping mungkin mengambil sedikit masa ketika ingin menaip setiap Tweet baru. Ini mungkin memberikan pengalaman yang kurang menarik sekiranya rakan-rakan atau pengikut anda ingin membacanya terus serta-merta.
Untuk memudahkan perkongsian Tweet berbentuk bebenang ini, salah satu perkhidmatan yang menarik adalah Chirr App.
Menggunakan Chirr App, pengguna boleh menaip sebarang perkongsian melalui ruangan khusus, dan ia akan kemudian membahagikan perkongsian anda berkenaan kepada Tweet berasingan secara automatik.
Kelak, kemudian pengguna boleh memilih untuk menerbitkannya dengan menghubungkan Chirr App ke akaun Twitter anda.
Chirr App akan melakukan penerbitan ke akaun Twitter anda secara automatik, dan ia dipaparkan dalam bentuk bebenang secara automatik.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan berasaskan web ini secara percuma hari ini.
- Layari : Chirr App